Isnin, 31 Oktober 2011

senibeladiri jurus aceh cawangan kuala lumpur



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Dengan lafaz bismillah saya memulakan bicara. Dengan izin allah dan restu dari guru dapat saya menyiapkan blog yang serba kekurangan ini. disini saya ingin berkongsi dan kalau boleh mengembangkan ilmu beladiri dan kebatinan orang zaman dahulu sebagai pakaian dalam kehidupan seharian dan juga sebagai salah satu cara kita dapat lebih mendekatkan diri kepada ALLAH dengan ilmu-ilmu yang dikurniakan kepada kita.insyaallah...tiada daya upaya kita untuk kita berserah melainkan kepada ALLAH sebaik-baiknya dan selayak2nya.

Dalam pertubuhan Seni Beladiri Jurus Aceh lebih mengutamakan ilmu kebatinan melayu. Seni zahir turut diajar kerana zahir adalah pelengkap kepada seni beladiri. ilmu kebatinan yang akan diijazahkan tidak memerlukan ritual tertentu dan puasa yang selalu kita dengar bila kita ingin mempelajari sesuatu ilmu kebatinan. selepas diijazahkan ilmu ini adalah kekal dalam diri dan jika ingin menambah kekuatan tenaga segala amalan hendaklah dilakukan dengan rendah hati kepada ALLAH dan istiqamah.
Pengenalan Pertubuhan

Berasal dari tanah Acheh Indonesia, Allahyarham Bapak Ismail Ahmad adalah pengasas Seni Bela Diri ini, dibawa masuk ke Semenanjung pada tahun 60an, ilmu yang dipelajari dari seorang kyai yang bernama kyai haji Mahmud ketika beliau bertugas sebagai tentera.

Beliau adalah anak jati Kelantan dan menetap di Berek 12, Kota Bharu. Pada peristiwa 13 Mei 1969, yang mana peristiwa berdarah melibatkan rusuhan antara kaum, beliau juga turut terlibat bersama dua rakannya yang berbangsa Jawa.


Sewaktu hidup, beliau pernah menceritakan pengalamannya berhadapan dengan saat tragis ketika berlaku peristiwa tersebut. Darah mengalir dimerata tempat, mayat orang-orang Melayu dan Cina bergelimpangan disana sini, amukan orang Melayu dan Cina kedengaran. Dengan berbekalkan ilmu yang dituntut dan semangat keberanian yang tinggi, beliau turut sama berjuang, sehinggalah kerajaan mengisytiharkan darurat dan tentera mengambil alih pemerintahan buat beberapa waktu. 
Selepas peristiwa 13 Mei itu berlaku banyak perguruan silat yang wujud bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Orang-orang Melayu mula mencari ilmu-ilmu untuk keselamatan diri, baik berbentuk zahir ataupun batin yang mana seni bela diri pada ketika itu dianggap sesuatu penting yang harus dimiliki dan dituntut. Setelah bersara dari tentera, beliau mula aktif dan serius mengajar anak-anak Melayu tentang seni bela diri ini di Kelantan. 


Beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada tahun 1993. Pemergian beliau bagaikan hilang sebutir permata yang berharga. Namun, amanah diletakkan pula pada Abi syukri untuk menerajui semangat dan perjuangan beliau dengan bertujuan agar bela diri ini tidak pupus ditelan zaman dan tidak terus dilupakan. Selepas 7 tahun pemergian tuan guru Ismail Ahmad kerahmatullah ,perguruan ini dianggap sepi namun, Pada tahun 2000 perguruan ini telah mula mengorak langkah kembali dibawah pimpinan Abi Syukri yang mana pada masa itu ilmu TENAGA DALAM, telah mula mendapat tempat dihati masyarakat Melayu. 


Oleh kerana cintakan ilmu asli yang yang pernah dibawakan oleh pendekar-pendekar Melayu dan ulama-ulama silam, jati diri bangsa harus dipertahankan.. KINI, Seni Bela Diri ini telah berdaftar secara sah dengan kerajaan dibawah jabatan pendaftaran pertubuhan Malaysia, no pendaftaran 3359-11-KEL, dan telah bergerak secara sah sebagai sebuah organisasi, Dewasa ini Ahli-ahli Seni Bela Diri Jurus Acheh telah mencapai beribu keahliannya dan begitu aktif diseluruh Malaysia,Indonesia,Singapura dan juga Brunei.. seperti kata pepatah “bagaikan api memakan sekam”

Peringkat2 yang boleh di pelajari dalam seni beladiri jurus acheh

Seni beladiri jurus acheh lebih kepada pukulan batin dan jugak diselitkan dengan pukulan zahir yang menjadikan tonggak kekuatan ilmu persilatan melayu dan jugak kesenian yang akan menghidupkan warisan bangsa.


Dalam seni beladiri ini ada beberapa peringkat:


1. PERINGKAT PERTAMA
2. PERINGKAT KEDUA
3.PERINGKAT PENDIRI( GURU MUDA)
4.PERINGKAT JABAT KHALIFAH
5.PERINGKAT PELEPAS 



 

TAHAP 1

pengijazahan ibu amalankebatinan Jurus Acheh peringkat pertama dan Amalan Kebatinan Gerak Kalimah,
ilmu ini adalah ilmupeninggilan ulama dan pejuang tanah air suatu ketika dahulu. ilmu pembias @pukulan jarak jauh, ilmu ini bertindak atau sensitif bagi musuh yangbenar-benar beremosi tinggi atau mereka yang berada didalam keadaanamarah.Dengan izin ALLAH kesan dari pukulan keilmuan ini musuh akanterpelanting, muntah darah, lumpuh atau akan menyebabkan luka dalaman yangsukar untuk diubati; didalam peringkat ini penuntut akan diajar tentangpenggunaan jurus-jurus 10, kaedah jabat amalan, kaedah pemindahan ilmu padaorang benda, rumah, kenderaan dan sebagainya untuk tujuan keselamatan darikhianat jahat manusia, jin dan ilmu-ilmu sihir.

FIDYAH PERGURUAN RM350
besertadengan satu kitab amalan, 1 vcd seni zahir wajib Jurus Acheh, 1 vcd jabatamalan peringkat pertama vcd gerakan jurus kebatinan, 1 vcd Seni SenjataRencung Acheh beserta 1 sijil keahlian(Sijil akan dikeluarkan oleh bahagianpusat).
TAHAP 2
Pengijazahan amalan Kebatinan JurusAcheh peringkat ke 2, amalan gabungan Jurus Acheh dan Gerak kalimah, pasangJURUS JANGKA dan amalan penimbulan.

FIDYAH PERGURUAN (RM599)
kitab amalan kebatinan Jurus Achehperingkat ke2, 1 VCD jabat amalan Peringkat pertama 1 VCD jabat amalanPeringkat Ke-2, vcd gerakan jurus kebatinan dvd seni zahir wajib, dvd senikebatinan Jurus Acheh, 1vcd Seni Senjata Rencung Acheh (1) 1 sijilkeahlian(Sijil akan dikeluarkan oleh bahagian pusat).

PERINGKAT KE3 (PENDIRI-GURU MUDA)
Pengijazahan amalan kebatinan Jurus Acheh peringkat ke3,dibukakan kunci guru,


(FIDYAHPERGURUAN RM 2.800.00)
akan menerima kitab amalan Jurus Acheh peringkat pertama, ke2 dan ke3, vcdjabat amalan peringkat 1,2 dan ke3, vcd gerakan jurus, vcd seni zahir wajib,vcd aksi kebatinan 1 dan 2, 1 vcd Seni Senjata Rencung Acheh, sebilah badiktanda guru muda, selendang guru, sijil keahlian dan sijil pendiri jugadiberikan.

 
PERINGKAT 4(JABAT KHALIFAH)
keistimewaan pada peringkat ini adalah apabila seseorang penuntut menerimaJABAT AMALAN KHALIFAH , maka penuntut tersebut boleh mengijazahkan kesemuaamalan kebatinan Jurus Acheh peringkat 1,2 dan peringkat pendiri (guru muda)pada muridnya tanpa perlu ada kehadiran guru tua,

(FIDYAH PERGURUAN RM5,500.00 )
menerima kitab amalan Jurus Acheh peringkat pertama, ke2 dan ke3 dankitab Khalifah, vcd jabat amalan peringkat 1,2 dan ke3, vcd gerakan jurus, vcdseni zahir wajib, vcd aksi kebatinan 1 dan 2, 1 vcd Seni Senjata Rencung Acheh,sebilah badik @ senjata Rencung, selendang Khalifah, sijil keahlian dan sijilKhalifah juga diberikan.(Dikeluarkan oleh bahagian pusat).

PERINGKAT KE-5 – PERINGKAT PELEPAS

Bagi mereka yang berminat untuk membuka perguruan sendiri yang manaorganisasinya tidak mahu terikat dibawah payung seni bela diri Jurus Acheh jugadibuka, walaupun sedemikian tunjuk ajar akan sentiasa diberikan disetiappermasalahan atau kemusykilan berkeanaan ilmu dan juga amalan,
amalan berbeza dengan amalan JURUS ACHEH, ilmu yang diperturunkan adalah ilmuhaq yang ada pada insane

Fidyah tebus pelepas RM 10,000.00,
akan menerima kitab amalan peringkat1,2,3 kitab khalifah, kitab kerezekian, kitab pengasih , kitab perubatan 1 dan2, vcd gerakan jurus, vcd seni zahir wajib, vcd aksi kebatinan 1 dan aksikebatinan 2, sebilah keris dan selendang pelepas.

Kepada yang berminat untuk Menerima amalan ini adalah secara berijazah dengan kaedah berhadapan dengan guru.

segala ilmu yang kita pelajari adalah akan membuat kita lebih mengenal diri kita dan mengenal ALLAH. Semakin kita berilmu semakin kita tunduk dan tidak membangga diri, ikutlah resmi padi makin berisi makin tunduk janganlah mengikut resmi lalang sentiasa tinggi tetapi dalaman kosong.

sebarang pertanyaan bolehlah di email kan kepada saya di firdausarjuna@gmail.com atau tinggalkan pertanyaan diruang komen dibawah.












7 ulasan:

  1. assalamualaikum,aktif lagi ke perguruan ni?

    BalasPadam
  2. Letak harga ribu ribu...

    Ada ke nabi mohd saw mengajar tentang islam baginda minta duit pada para sahabat dan pengikut baginda?

    Para nabi yg mengajar umat masing masing ada letak harga ke atas ilmu yg mereka ajarkan itu?

    Sudah sudah la tu....
    Berjuang lah dijalan allah dgn jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan serta balasan.

    Allah beri ilmu pd kita pun percuma je
    Jgn la kita nak letakkan harga didlm bab bab ilmu ni....
    Malu la skit pd allah dan rasul

    BalasPadam
  3. Letak harga ribu ribu...

    Ada ke nabi mohd saw mengajar tentang islam baginda minta duit pada para sahabat dan pengikut baginda?

    Para nabi yg mengajar umat masing masing ada letak harga ke atas ilmu yg mereka ajarkan itu?

    Sudah sudah la tu....
    Berjuang lah dijalan allah dgn jujur dan ikhlas tanpa mengharapkan imbuhan serta balasan.

    Allah beri ilmu pd kita pun percuma je
    Jgn la kita nak letakkan harga didlm bab bab ilmu ni....
    Malu la skit pd allah dan rasul

    BalasPadam
  4. Saya dan keluarga pulangkan semua ilmu silat jurus aceh dan ijazah silat jurus acheh berserta segala ilmu yang saya ambil dan belajar dari tuan dan pembantu pembantu tuan kepada tuan semula Selama lamanya

    BalasPadam